Followers

Sunday, September 4, 2011

terima kasih kamu

terima kasih kamu.
ya kamu yang selama ini berada di hati ini dalam keadaan ragu-ragu.
setelah sekian lama awak pulang ke sana, awak berubah tanpa menerangkan yang gelap dan ragu.
terima kasih sekali lagi kerana buat saya bertambah terluka kerana biarkan saya selama ini dalam kegelapan untuk jangka masa yang panjang.sukar sangat kah nak mengatakan yang benar
sejak bila suara awak untuk mengatakan yang benar menjadi aurat?

ya aurat yang awak semakin jaga.saya akur
tapi kenapa bila saya minta penjelasan awak cuma endahkan?
tampak hina saya pada pandangan awak, jijik suara saya pada pendengaran awak

mungkin awak tak sedar, awak tak cuba untuk memberitahu perkara yang awak ingini.
maaf kerana saya bukan tuhan yang dapat membaca apa yang terpaku difikiran awak sampai sekarang pun saya cuma faham mengikut naluri sendiri.

baiklah, jika itu yang awak mahukan.saya turuti
mulai saat ini, saya bukan lagi kekasih hati, cinta dan seorang yang diperlukan lagi dalam diri awak
saya adalah saya
tiada lagi awak.ya, memang berat untuk saya mengatakan mengikut kata awak.
memang sudah tiada awak.
tiada guna saya lagi pada hati awak kerana saya hanya lah saya.tiada lebih
saya sudah sama dengan taraf kawan awak yang lain.

terima kasih awak. kerana mulai detik ini
tiada lagi dunia internet saya mengaburi dunia awak, tiada lagi nada dering telefon dari saya akan mengganggu perhatian awak terhadap Tuhan dan tiada lagi saya yang akan menjadi pantulan syaitan dalam hidup awak.
kerana itu apa yang awak mahukan.saya cuma boleh akur


Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya 
Saling mengerti dan sudi menerima 
 Kita manusia biasa - cinta ini 

hanya cinta pada Tuhan yang kekal


terima kasih.
bila awak kata cinta hanya pada Tuhan, saya akur..
saya hanya bantu awak merealisasikannya
saya cuma berharap sikap awak tak berlebihan
kerana saya bukan wanita yang sempurna

7 pengkritik:

Fndy said...

chill la

Hayati Buya said...

Ana, what's going on ?
sabar ok..
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. betty doakan ana akan semakin tabah hari demi hari..

mrHan said...

mungkin cerita ini blum berakhir atau baru bermula, smga dimudahkan.. fighting ^^

shatilah zakaria said...

fndy,betty, han :sekarang asyik nk nangis jer..
suara sy ni dh jd satu dosa pd dia bila dia dgr(mcm blh kurangkn iman dia)
bkn kah sama tanpa sy dlm hidup dia

ya, mmg kena chill =)

sakura said...

sabar ana.... :)

Nur Mazni said...

ana..sabar k..semoga dipertemukan dgn yg lebih baik...Allah akan pertemukan kita dgn org yg salah dulu sebelum menjodohkan kita dgn yg sebaik2nya...

shatilah zakaria said...

sakura thankz.skrng mmg kena ada mentally support

Nur Maznicuma x sangka dugaan jd smpai mcm ni.masih bersama tp dh mcm kawan.xda ape2 yg special